Pages

Thursday 27 May 2010

pelik *_*

bismiLLah~

pelik....pelikkk..~

dulu..
"baiknya dia. belajar pandai, mengaji sedap, soleh pulak tu. memang cop calon suami dah ni..hihi"

tapi sekarang..
"kenapa la dia macam tu? pergi karaoke, dengan perempuan pulak tu. mana kopiah dia? ish3..kesian bakal isteri dia,kan.."

sedih..
sedih tengok kawan2 sendiri sekarang..
dulunya mulia dan dipandang tinggi pada mata yang melihat..
tapi sekarang..
mata yang melihat itulah menghinanya..
apa silapnya dan apa silapnya kita?

mungkin salah kita yang tak menyampaikan kebenaran padanya..
mungkin salah kita yang tak mengajak dia kembali pada kebenaran..
mungkin salah kita yang kurang memberi perhatian padanya dulu..
mungkin...
ah, memang salah kita!

*berusaha 'mengejar' kawan2 yang sedang 'lari' dari KITA...insyaAllah~

apa pun, pandanglah dia dengan pandangan mujahadah~ semoga dia kembali pada agama Allah..ameen! ^_^

Wednesday 26 May 2010

takut?

bismiLLah~

penakut.

ye saya memang penakut. tapi itu dulu. huhu
takut apa?

takut gelap. uhuk jangan gelak!
rasanya ramai je kanak2 takutkan gelap, kan?

dulu...
//emm takutnya nak gi dapur..kena bukak lampu dulu, takde orang pulak tu..huu
//jauhnya toilet..macam mana nak gi sorang2 ni...ishh

~memori silam..hehe~

tapi sekarang..
takde nya nak takut2 dah..hehe
kalau nak gi dapur ke, toilet ke, makan ke semua sendiri2.
even jalan2 kat bandar pun sendiri2 dah sekarang.
hmm..tak takut pulak?

kenapa?
sebab kita berusaha berubah tak nak takut2 dah. kan?

haa kan boleh je nak berubah, cuma effort tu kena ada.
usaha kita yang menolak ke arah perubahan tu.
daripada penakut, jadi pemberani. (eh ada ke perkataan ni? hihi)

firman Allah S.W.T : 
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
(ar-Ra'du:11)

sama jugak dengan kita kalau nak berubah.
Allah beri hidayah, tapi KITA sendiri yang kena mulakan langkah untuk perubahan tu.

jadi, jom kita sama2 tingkatkan usaha ke arah yang lebih baik!
yallah~! 

ps: lagi berapa hari nak exam, tapi still mengadap laptop..aish =.= semangat2!!


Friday 21 May 2010

jasadiy~

bismiLLah~

haiii again! hehe..
dua post dalam sehari. excited kan? ^_^

entri ni cuma nak berkongsi tentang JASADIY~
apa tu jasadiy?
jasadiy ni dalam bahasa arab. bahasa ringkasnya ialah jasmani kita~
dalam kita sibuk2 study, buat kerja harian, masak, makan, tidur..
ingatkah kita untuk memberi hak pada tubuh badan?
uhuk terasa di situ..huhu~
kita kan nak menjadi muslim sejati..so, ayuh!
jom menjadi ke arah Qawiyul Jismi!
(tubuh badan yang kuat!)
macam mana nak maintain qawiyul jismi ni?
hmm..sibuk sangat ke sampai xboleh bersenam 20 minit sehari?
(macam la yang menulis ni selalu buat..hihi)

memandangkan kita ni student, sibuk study je memanjang..(yeke?)
saya dan kawan2 sepakat nak beriadah di pagi hari ^_^
kami keluar awal 7 pagi berjogging di stadium berdekatan.
selepas semua selesai hangatkan badan dalam suhu 17 celcius,
kami duduk2 bercerita tentang 'qawiyul jismi'.
semua semangat bercerita!
saya tertarik dengan cerita sahabat ni..
"korang tengok tak Naruto?? best! tapi bukan nak tiru Naruto lak tau..sebenarnya kita boleh amik semngat Naruto ni..haa"

"camne? nak suruh kitorang jadi serigala ke??"
*comel sungguh yang berkata ni*

"bukan la..macam ni, kan dalam badan Naruto tu ada serigala berekor sembilan kan? kenapa Naruto boleh jadi kuat? sebab serigala tu lah.."

"btul3..kalau tengah genting2 tu, tiba2 Naruto jadi kuat, kan kak?"

"ha tau pun..macam tu jugaklah kita.sebenarnya kan, kita pun ada serigala dalam badan gak tau..cuma serigala tu tengah tidur..kita je yang tak sedar,kan?"

"ha'ah betul gak tu..jom2 kejutkan serigala tu dari tidur!!"
*wah semangat pulak yang sorang ni*
"yeah! kejutkan serigala dalam badan, bersemangat!"

wahh..semua dah bersemangat.
ni lah yang best nye kalau beriadah bersama2.dapat eratkan ukhuwah,pastu dapat semangat pulak!

haa..dah bersedia nak beramal dengan Qawiyul Jismi?
Yallah, berusaha! ^_^



ps: meh klik ni! http://jasadiy.blogspot.com =)
pss: maaf tulisan berserabut. first entry kn :D

ahlan wasahlan~

bismiLLah..

assalamualaikum..sollu 3la nabiy~

hai!! hehe excited pulak.
mesti ada yang bertanya :: 'kenapa berblogging plak ni?' =)
takde jawapan spesifik pun.

sesaja nak kongsi pengalaman harian dan berusaha untuk bermanfaat untuk orang lain..huhu~


..semoga Allah redha..


start ur day with bismillah and smile! =)